Sekapur Sireh

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera kepada semua pelanggan yang di hormati lagi di raikan. Di kesempatan yang sangat berharga ini, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Alhamdulillah syukur kehadrat ALLAH, kerana diberikan kesihatan yang baik serta dengan IlhamNya  juga dapat saya kongsikan dengan anda satu kaedah yang UNIK dan sungguh EFEKTIF di Alaf Global dunia serba canggih ini. Selawat dan salam buat Junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan sahabat baginda.

Saya sangat Yakin dengan bantuan ALLAH dan disokong dengan keyakinan diri, kebolehan serta pengalaman selama 26 tahun berkecimpung dalam bidang Pemasaran, Motivasi, Latihan & Pembangunan Usahawan, khususnya dalam bidang ‘Pemasaran Berangkaian’ atau selalu disebut orang Network Marketing. Ia adalah Aset yang sangat berharga untuk saya mencipta satu system yang dinamakan SMART SHARING PROGRAMME (SSP) melalui kaedah Home Shopping iaitu ‘Anda berbelanja tapi jadi kaya’ bagaimana..? Dikesempatan yang akan datang pasti akan saya kongsikan.

 

Dalam diri kita ada satu kuasa yang sangat unik, iaitu KUASA UNTUK MEMILIH. Tahniah saya rakamkan diatas keputusan bijak anda MEMILIH menjadi Pelanggan dan keluarga besar SSP, Sokongan dan dokongan kuat dari sahabat, kami sanjung tinggi dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Ayuh sahabatku, kita tiada masa untuk lena dan alpa, bangkitlah dari tidur berbantalkan resah, berselimutkan gelisah. Tinggalkan rumah beratapkan susah, berdindingkan payah, terus menerus dijendela kemiskinan, terhimpit dan dihimpit. Kita bangunnn..  Kita Bina Kekayaan dan Kesenangan..KITA bukan Pengemis dibumi ini , KITA adalah TUAN Dibumi Sendiri.

Akhir kalam dari saya, yang baik datang dari ALLAH, yang buruk dan lemah adalah kelemahan saya, pun begitu kelemahan yang ada ini boleh di tampung dengan kelebihan yang dikurniakan ALLAH kepada Sahabat-sahabat sekalian.

Saya Sayang Anda Semua.

WabiLLAHi taufik walhidayah Wassalamualaikum WarohmatuLLAHi Wabarokatuh